Sunday 12 February 2012

HARI KO-KORIKULUM KAFA ZON BKT SELAMBAU 2012

Sekolah KAFA Integrasi Al-Abrar Taman  Keladi akan menjadi tuan rumah  3 tahun berturut-turut sejak 2010 bagi program Hari Kokokurikulum KAFA Zin Bukit Selambau 2012 yang akan diadapan pada 03 Mac 2012 mulai jam 0800 pagi hingga 12.00 tengahari.   Sejumlah 18 buah  KAFA di dalam Zon Bukit Selambau akan turut serta.  Para waris/ibu bapa dijemput memberi sokongan kepada anak-anak.

MESYUARAT AGONG KAFA 2012

Mesyuarat Agong KAFA Integrasi Al-Abrar, Masjid Taman Keladi akan diadakan pada:
Tarikh - 26 Februari 2012
Hari: Ahad
Masa: Jam 2.00 petang
Tempat: Bangunan Sekolah KLAFA Integrasi Al-Abrar Taman Keladi

SEMUA WARIS/IBU/BAPA dengan sukacitanya dijemput ke mesyuarat tersebut. Bersama menunaikan kewajipan demi pendidikan anak-anak bangsa.

Wednesday 21 September 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BACAAN YASSIN

Kafa Integrasi Al-Abrar Taman Keladi akan mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan bacaan Yassin bagi pelajar tahun 5 pada 01 Okt 2011 jam 0900  pagi di Massjid Taman  Keladi.  Semua murid berkenaan dan waaris dijemput hadir.

Tuesday 23 August 2011

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Merdeka....... Merdeka.......Merdeka.  Selamat menyambut hari Kebangsaan tahun ini. Mudah-mudahan negara aman dan rakyat sejahtera.


Monday 22 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Jawatankuasa  KAFA Integrasi Al-Abrar Taman  Keladi mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua  murid-murid KAFA dan iibu bapa/waris masing-masing.

Sunday 24 July 2011

SELAMAT BERPUASA

Warga Sekolah KAFA Integrasi Al-Abrar Taman  Keladi mengucapkan selamat menyambut  puasa ' Ramadan Al-Mubaraq' kepada semua umat  Islam di Qaryah Taman  Keladi khasnya dan amnya kepada semua muslimin/muslimat dimana sahaja mereka berada mudah-mudahan kita beroleh  keredaan Allah diatas segala amal kebajikan kita di bulan yang mulia ini.  Kepada murid-murid KAFA  diharap dapat bersabar sepanjang bulan mulia ini. jangan tak puasa tau........

CERAMAH 'RAMADAN'

Ceramah 'RAMADAN' akan diadakan di Masjid Taman  Keladi pada 29 Julai 2011 (Hari Jumaat) bermula selepas Solat Isya'. Muslimin dan muslimat  serta segenap lapisan anak qaryah dijemput hadir. Bersama merayakan Ramadan Al-Mubaraq. Selamat menyambut ibadah puasa semoga  meningkatkan takwa.

Sunday 17 July 2011

UJIAN UPKK














Keputusan Ujian UPKK  KAFA Integrasi Al-Abrar Taman Keladi Tahun 2010 menunjukan stattistik berikut:
Murid mendapat 8A - 21 orang
Murid mendapat 7A - 8 orang
Murid mendapat 6A - orang
Murid mendapat 5A - 11 orang
Murid mendapat 4A - 3 orang
Murid mendapat 3A - 3 orang
Murid mendapat 2A - 2 orang
Murid mendapat 1A - 2 orang
Dari statistik diatas KAFA Integrasi Al-AbrarTaman Keladi menduduki  tangga ke 3 didalam keputusan UPKK Tahun 2010 bagi seluruh Negeri Kedah. Syabas dan tahniah kepada  semua murid yang terlibat serta kepada guru yang telah bekerja keras. Bagi tahun 2011, para ibu/bapa/waris dikehendaki menggalakan anak-anak yang  berada di tahun 5 supaya menentukan kehadiran anak setiap hari supaya dapat mengekalkan  keputusan cemerlang didalam Ujian UPKK.

MESYUARAT AGONG KAFA 2011

Mesyuarat diadakan pada 17 Jul 2011 jam 2.30 petang di bangunan Sekolah KAFA IntegrasiAl-Abrar.  Mesyuarat di rasmikan oleh Timbalan Pengerusi Sdr Zulkifli Hj Said, menggantikan Tuan Pengerusi (Tuan Imam Abidin bin Hassan) yang tidak dapat hadir.  Mesyuarat kami ini tidak ada pemilihan Jawatankuasa baru kerana Jawatankuasa yang ada akaan tamat tempohnya Jul 2012.



Diakhir sessi mesyuarat, diadakan upacara penyampaian sumbangan khas KAFA kepada waris (ibu) kepada adik Mohd Naim bin Mohd Nazri yang menjadi johan didalam kategori acara Bacaan Jawi peringkat  Zon Bukit Selambau, peringkat Zon Tengah dan akhir sekali berjaya menjadi johan diperingkat Negeri Kedah.  Jawatankuasa KAFA mengucapkan tahniah kepada beliau dan juga kedua ibu/bapa beliau diatas kejayaan tersebut.  Sumbanga khas berupa wang tunai RM 100.00.

Monday 11 July 2011

KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR

Satu rombongan terdiri dari Imam-Imam dan Pegawai-Pegawai Masjid dari Yala, Selatan Thailand telah menziarahi KAFA dan sempat bertemu dan menerima taklimat dari Timbalan Pengerusi KAFA Saudara Zulkifli bin Hj Said.  Tujuan kunjungan untuk mempelajari  konsep pembelajaran dan sebagainya.  Sebelumnya mereka diberi taklimat di Masjid Taman Keladi.