Tuesday 28 June 2011

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KAFA


Tarikh Mesyuarat : 05 Jul 2011
Hari                     : Selasa
Masa                   : 4 Petang
Tempat                :  Bilik Mesyuarat/Pejabat KAFA
Semua Ahli Jawatankuasa KJAFA yang terdiri dari ibu/bapa/waris/ustazah dijemput hadir.

TAHNIAH DAN PENGHARGAAN

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada  adik Mohammad Naim bin Mohd Nazri (Tahun 3) yang telah merangkul tempat Pertama (Johan) didalam Kategori BACAAN JAWI TAHAP 1, mewakili Daerah Kuala Muda ke Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Bandar Bharu pada 15 Jun 2011 yang lalu.  Sebelum ini beliau berjaya mewakili Zon Bukit Selambau dan  kemudian berjaya diperingkat Zon Tengah dan seterusnya ke peringkat Negeri Kedah.  Tahniah kepada beliau dan juga kepada  semua Ustazah dari KAFA Al-Abrar Taman Keladi.

Thursday 16 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

kepada bapa ku
ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa
sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini
bapa telah tiada pergi tak kembali
bapa pergi belum sempat menikmati hasil keringatku
hanya aku sahaja berteman jasa budi mu
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu
berkhidmat kepada masyarakat tanpa jemu
lantaran tidak mengenal waktu
itulah cita-cita ku masa kecil dulu
kini makbul, aku seumpama diri mu,wahai ayah ku
dalam hati kumohon kepada Yang Satu
ampun segala dosa dan kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa
haya kepada mu Ya Allah kami memohon restu
amin.....