Wednesday 21 September 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BACAAN YASSIN

Kafa Integrasi Al-Abrar Taman Keladi akan mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan bacaan Yassin bagi pelajar tahun 5 pada 01 Okt 2011 jam 0900  pagi di Massjid Taman  Keladi.  Semua murid berkenaan dan waaris dijemput hadir.

Tuesday 23 August 2011

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Merdeka....... Merdeka.......Merdeka.  Selamat menyambut hari Kebangsaan tahun ini. Mudah-mudahan negara aman dan rakyat sejahtera.


Monday 22 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Jawatankuasa  KAFA Integrasi Al-Abrar Taman  Keladi mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua  murid-murid KAFA dan iibu bapa/waris masing-masing.

Sunday 24 July 2011

SELAMAT BERPUASA

Warga Sekolah KAFA Integrasi Al-Abrar Taman  Keladi mengucapkan selamat menyambut  puasa ' Ramadan Al-Mubaraq' kepada semua umat  Islam di Qaryah Taman  Keladi khasnya dan amnya kepada semua muslimin/muslimat dimana sahaja mereka berada mudah-mudahan kita beroleh  keredaan Allah diatas segala amal kebajikan kita di bulan yang mulia ini.  Kepada murid-murid KAFA  diharap dapat bersabar sepanjang bulan mulia ini. jangan tak puasa tau........

CERAMAH 'RAMADAN'

Ceramah 'RAMADAN' akan diadakan di Masjid Taman  Keladi pada 29 Julai 2011 (Hari Jumaat) bermula selepas Solat Isya'. Muslimin dan muslimat  serta segenap lapisan anak qaryah dijemput hadir. Bersama merayakan Ramadan Al-Mubaraq. Selamat menyambut ibadah puasa semoga  meningkatkan takwa.

Sunday 17 July 2011

UJIAN UPKK














Keputusan Ujian UPKK  KAFA Integrasi Al-Abrar Taman Keladi Tahun 2010 menunjukan stattistik berikut:
Murid mendapat 8A - 21 orang
Murid mendapat 7A - 8 orang
Murid mendapat 6A - orang
Murid mendapat 5A - 11 orang
Murid mendapat 4A - 3 orang
Murid mendapat 3A - 3 orang
Murid mendapat 2A - 2 orang
Murid mendapat 1A - 2 orang
Dari statistik diatas KAFA Integrasi Al-AbrarTaman Keladi menduduki  tangga ke 3 didalam keputusan UPKK Tahun 2010 bagi seluruh Negeri Kedah. Syabas dan tahniah kepada  semua murid yang terlibat serta kepada guru yang telah bekerja keras. Bagi tahun 2011, para ibu/bapa/waris dikehendaki menggalakan anak-anak yang  berada di tahun 5 supaya menentukan kehadiran anak setiap hari supaya dapat mengekalkan  keputusan cemerlang didalam Ujian UPKK.

MESYUARAT AGONG KAFA 2011

Mesyuarat diadakan pada 17 Jul 2011 jam 2.30 petang di bangunan Sekolah KAFA IntegrasiAl-Abrar.  Mesyuarat di rasmikan oleh Timbalan Pengerusi Sdr Zulkifli Hj Said, menggantikan Tuan Pengerusi (Tuan Imam Abidin bin Hassan) yang tidak dapat hadir.  Mesyuarat kami ini tidak ada pemilihan Jawatankuasa baru kerana Jawatankuasa yang ada akaan tamat tempohnya Jul 2012.



Diakhir sessi mesyuarat, diadakan upacara penyampaian sumbangan khas KAFA kepada waris (ibu) kepada adik Mohd Naim bin Mohd Nazri yang menjadi johan didalam kategori acara Bacaan Jawi peringkat  Zon Bukit Selambau, peringkat Zon Tengah dan akhir sekali berjaya menjadi johan diperingkat Negeri Kedah.  Jawatankuasa KAFA mengucapkan tahniah kepada beliau dan juga kedua ibu/bapa beliau diatas kejayaan tersebut.  Sumbanga khas berupa wang tunai RM 100.00.

Monday 11 July 2011

KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR

Satu rombongan terdiri dari Imam-Imam dan Pegawai-Pegawai Masjid dari Yala, Selatan Thailand telah menziarahi KAFA dan sempat bertemu dan menerima taklimat dari Timbalan Pengerusi KAFA Saudara Zulkifli bin Hj Said.  Tujuan kunjungan untuk mempelajari  konsep pembelajaran dan sebagainya.  Sebelumnya mereka diberi taklimat di Masjid Taman Keladi.

Tuesday 28 June 2011

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KAFA


Tarikh Mesyuarat : 05 Jul 2011
Hari                     : Selasa
Masa                   : 4 Petang
Tempat                :  Bilik Mesyuarat/Pejabat KAFA
Semua Ahli Jawatankuasa KJAFA yang terdiri dari ibu/bapa/waris/ustazah dijemput hadir.

TAHNIAH DAN PENGHARGAAN

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada  adik Mohammad Naim bin Mohd Nazri (Tahun 3) yang telah merangkul tempat Pertama (Johan) didalam Kategori BACAAN JAWI TAHAP 1, mewakili Daerah Kuala Muda ke Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Bandar Bharu pada 15 Jun 2011 yang lalu.  Sebelum ini beliau berjaya mewakili Zon Bukit Selambau dan  kemudian berjaya diperingkat Zon Tengah dan seterusnya ke peringkat Negeri Kedah.  Tahniah kepada beliau dan juga kepada  semua Ustazah dari KAFA Al-Abrar Taman Keladi.

Thursday 16 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

kepada bapa ku
ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa
sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini
bapa telah tiada pergi tak kembali
bapa pergi belum sempat menikmati hasil keringatku
hanya aku sahaja berteman jasa budi mu
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu
berkhidmat kepada masyarakat tanpa jemu
lantaran tidak mengenal waktu
itulah cita-cita ku masa kecil dulu
kini makbul, aku seumpama diri mu,wahai ayah ku
dalam hati kumohon kepada Yang Satu
ampun segala dosa dan kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa
haya kepada mu Ya Allah kami memohon restu
amin.....

Tuesday 31 May 2011

UCAPAN TAKZIAH

KAFA Taman Keladi dengan perasaan sedih dan terharu menyampaikan ucapan takziah kepada semua waris anak-anak dan kesemua mereka yang telah terkorban didalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Takwa Ulu Langat minggu lalu.  Kami menghadiahkan  Al-Fatihah kepada mereka.......Al-Fatihah..........Amin.  Didoakan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka kesemuanya dan meletakannya disisi orang-orang solihin. Amin.

Friday 13 May 2011

KAFA INTEGRASI AL-ABRAR 2011

Pada sessi persekolahan 2011, KAFA Integrasi Al-Abrar Taman Keladi telah memulakan operasinya didalam 2 sessi:

a.    Sessi pagi - Tahun 2 dan 3
b.    Sessi petang - Tahun 4 dan 5

Sejumlah 4 orang Ustazah mengajar di sessi pagi dan  4 lagi di sessi petang.  Kepada ibu bapa yang belum menghantar anak-anak yang layak ke KAFA boleh berbuat demikian dengan berjumpa dengan penyelia KAFA.